Wakaf dan Infak

PENGENALAN
WAKAF & SUMBANGAN

Kempen Berinteraksi dengan al-Quran Baca Faham dan Amal adalah bermatlamatkan penghasilan “keystone habit” Quran, Solat dan Infak. Untuk itu, Projek Wakaf al-Quran untuk Ummah telah dilancarkan mulai April 2020 melalui platform Malaysia #QuranTime. Program Wakaf Fasa 1 bermula dengan penyampaian wakaf al-Quran oleh orang ramai kepada Hospital, Pusat Kesihatan, Pusat Kuarantin, diikuti Fasa ke-2 di mana al-Quran disampaikan kepada barisan hadapan seperti pejabat Polis, Angkatan Tentera, Imigresen, Kastam, Bomba, AADK dan lain-lain lokasi yang bersesuaian. 

Memasuki Fasa ke-3 “Bingkisan Wakaf Al-Quran untuk Ummah” digerakkan sepanjang tahun bertujuan menyampaikan al-Quran Wakaf Ummah ke pusat-pusat tumpuan komuniti, sekolah, penjara dan pihak-pihak lain yang memerlukan. Sebanyak 7 jenis al-Quran akan dibekalkan kepada para penerima manfaat wakaf tersebut. Kepelbagaian jenis al-Quran ini merupakan satu kelebihan kepada pewakaf dan penerima wakaf kerana InshaAllah, ia mampu menjadi rujukan yang lebih terperinci agar al-Quran dapat dihayati dengan lebih sempurna. Melalui penyerahan wakaf al-Quran ini, WUIF berharap #QuranCorner atau Troli Ibadah dapat diaktifkan dilokasi-lokasi berkenaan agar al-Quran mudah diakses dan dirujuk oleh para penerima manfaat wakaf al-Quran.

SENARAI WAKAF & SUMBANGAN

Jom Menderma bersama My #QuranTime