Solat batal sentuhan belum berkhatan
Untuk informasi terkini My #QuranTime, ikuti di WhatsApp dan Telegram kami
LUMRAH kanak-kanak sememangnya suka bermain dan meneroka hinggakan kita yang sedang solat pun turut menjadi pusat perhatian mereka.
Ada sahaja gangguan dilakukan termasuklah menyentuh ibu bapa yang sedang solat dan memanjat tubuh orang tua mereka.
Persoalannya, adakah batal solat seseorang apabila dirinya disentuh oleh kanak-kanak yang belum berkhatan?
Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, sekiranya kanak-kanak lelaki belum berkhatan yang diyakini ada najis di tempat khitannya naik duduk di atas orang solat, maka batal sembahyang dikerjakan individu berkenaan.

“Begitu juga keadaannya jika kanak-kanak itu didukung oleh orang yang solat, sembahyangnya juga batal kerana dia dikira menanggung suatu yang ada najis,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.
Bagaimanapun, jika kanak-kanak itu hanya bersandar atau menyentuh orang yang solat, agamawan tersebut menjelaskan, sembahyang didirikannya tetap sah.
“Ini kerana dia tidak dikira menanggung suatu yang ada najis,” ungkapnya.
Ia sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Ismail Uthman Zaid dalam kitab Qurrah al-’Aini yang menerangkan bahawa: “Apabila telah diketahui bahawa kanak-kanak lelaki itu membawa najis yang zahir di bawah tempat khitannya atau di luar kemaluannya misalnya, maka solat orang yang menanggungnya itu batal.
“Jika tidak diketahui dan tidak berat sangkaan pada ghalib (kuat), maka solat orang yang menanggungnya itu adalah sah kerana mengamalkan dengan asal suci.
“Adapun andai semata-mata sentuh pakaian kanak-kanak itu atau dia berpaut pada orang yang solat tanpa mengganggunya, maka tidaklah batal solat atas sebab itu dan dia sama seperti orang solat yang meletakkan di bawah tapak kakinya tali yang mana di hujungnya bersambung dengan najis,” katanya.
Kredit: Sinar Islam Plus
Ikuti WhatsApp Channel rasmi My #QuranTime supaya anda tidak terlepas informasi terkini daripada kami. Klik di sini.
Jom layari laman web kami My #QuranTime di pautan berikut: www.myqurantime.org untuk baca artikel serta tonton semula video-video My #QuranTime 2.0
Untuk informasi terkini sila Like, Komen laman-laman rasmi kami:
https://linktr.ee/myqurantime
Sumbangan Tabung Gerakan al-Quran boleh disalurkan ke akaun MAYBANK: 5642 7653 8528 rujukan: Tabung Quran atau terus ke website (https://quranhour.onpay.my/order/form/tgq24)
Dapatkan buku-buku Nota My #QuranTime secara online di: https://www.myqurantime.org/merchandise/ atau Whatsapp 019-229 7227 (Isnin-Jumaat 9pg-5ptg).
Syukur alhamdulillah terima kasih.

